Thursday, 29 September 2011
...Sejenak...
Kadang-kadang bila sendirian hatiku seperti tersentuh dan terasa sunyi,
Dimana aku rindukan zaman dahulu, dimana zaman kanak-kanak..
Zaman dimana kami adik beradik berkumpul.
Along, Angoh, Acik, Alang dan Aku(Abang)
Along merupakan ratu kampung kerana kerana dia memiliki rupa paras yang cantik di sebabkan itu ramai
pemuda di kampung menyimpan hasrat kepadanya. Manakala Angah pula seorang yang sangat kasar walaupun pada lahiriahnya dia seoarang perempuan tetapi dia selalu menjadi 'Body Guard' kami adik beradik dan dialah yang akan menjadi panglima jikalau ada sesiapa yang mengusik kami adik beradik dan pada hari raya dialah yang paling nakal kerana walaupun abah melarang kami adik beradik bermain mercun tapi dia sangat extreme walaupun budak perempuan tapi bermain mercun bola, mandi sungai, merempit guna motor Abah dan selalu gaduh dengan anak-anak jiran. Acik pula seorang yang sangat lembut dan sopan santun pergerakkannya serta tingkahlakunya, antara kami semua adik beradik Acik adalah seorang anak yang cerdik dan pintar dan dia yang paling manja antara kami semua. Akak aku yang seterusnya ialah Alang, alang ni dia memang dari dulu lagi berminat dalam bidang tatarias, tidak mustahillah jikalau dia sekarang sudah bergelar mak andam kampung dan tukang jahit , ingat lagi dimana Alang adalah pengasuhku apabila Umi dan Abah pergi bekerja. Aku dan Alang ditinggalkan di rumah dan Alang merupakan pengasuh aku. lagipun jarak umur Alang dan Aku tidak banyak beza dan disebabkan itulah kami sentiasa bergaduh bercakaran..bez moment...kami semua tersangatlah rapat semasa kecil dimana kami adik beradik pernah kongsi megi sebungkus yag dimasak dan di makan beramai-ramai dalam satu mangkuk...bez moment...
tapi..
itu 10tahun yang lalu..
ketika kami kecil dan sangat akrab.
sekarang semua dah berubah, dimana setiap daripada kami sudah mempunyai keluarga sendiri, haluan sendiri, kehidupan sendiri..kadang kami seperti melupakan saat-saat manis satu ketika dahulu..
Along, Angah, Acik dan Alang.
bukan niat Abang nak menyalahkan sesiapa dan untuk mengeruhkan keadaan, tetapi Abang rindukan saat-saat manis kita dahulu. Abang tahu akak-akak semua sudah mempunyai keluarga sendiri, kehidupan sendiri tapi hubungan kita adik beradik takkan pernah terputus. Abang minta satu perkara sahaja daripada Akak-akak semua, lupakan apa yang dah berlaku dan kita sama-sama pulang ke kampung untuk menjenguk Umi dan Abah.Umi tengah sakit, terlantar di Hospital. sememangnya Abang sendiri pun turut merasa apa yang Akak-akak semua rasa kerana Abang pun rasa juga apa yang akak-akak semua rasa mungkin mereka terlepas pandang dan membuatkan kita terasa dan tersentap, tapi ingatlah jikalau bukan kerana mereka kita tidak ada di dunia ini dan kita semua tidak menjadi satu keluarga.
Abang selaku adik lelaki dalam keluarga kita harap sangat letak ketepi semua perkara yang berlaku dan mengharap sangat yang hubungan kita semua seperti dahulu.

Tuesday, 27 September 2011
...WaaaLLaahhh!!~")
...Harini kami pelajar Sastra Melayu yang mengambil Subjek Sastra Dalam Multimedia diminta persemabahkan "Slide Show" dimana setaip daripada kami hendaklah mengkaji salah seorang tokoh sastra di Malaysia dan dalam persembahan tersebut perlulah dimasukkan lagu-lagu "Genre" Melayu...
p/s*memang betul-betul WaaaLaahh!!
p/s*memang betul-betul WaaaLaahh!!
Saturday, 24 September 2011
...Melayu tak seperti Melayu...
Bila duduk sendirian je aku mula terfikir yang mana sekarang ini aku hidup di Negara yang majoritinya melayu ke? Bila aku sendiri pun sudah tidak tahu bagaimana cara kehidupan Melayu yang sebenar kerana di kanan dan kiri aku semuanya berbilang bangsa. Memang tidak di nafikan yang hidup dalam kalangan yang berbilang bangsa ini sememangnya bagus kerana pada suatu ketika dahulu Nabi Muhammad sendiri semasa penubuhan kerajaan Islam iaitu Madinah dan terbentuknya satu piagam yang dipanggil Piagam Madinah sendiri menyeru supaya bangsa dalam kerajaan madinah supaya bersatu padu, tetapi Rasulullah bukannya menyeru supaya kita menukar identiti bangsa kita dan memperagungkan bangsa lain yang tinggal di Negara kita.
The Bigger Loser Asia..
Harini pagi-pagi lagi Nasir (kawan baik) ketuk pintu bilik aku. Dengan mamainyer aku bangun bukak pintu.
Nak mrah pun terasa jugak, harinikan harai ahad, Dia dan Fendi (kawan baik) ajak aku pergi joging tapi masa joging belum sampai 2 round diorang dah pun semput, terpaksa aku sorang-sorang je kene habiskan,, tapi memang best sangat-sangat. demi untuk diet...

Thursday, 22 September 2011
...Penawar Hati..
Jika aku air mata
Lahir di mata
Hidup di pipi
Mati di jari
Tapi
Jika engkau air mata itu
Aku tak akan sesekali menangis
Kerana
Aku tidak mahu kehilanganmu...
p/s:..masih lagi berkaitan dengan mata..(ketumbit punya pasal)

Wednesday, 21 September 2011
..Berita semalam..
''Adik, dah telefon kampung''?
''Belum," jawabku lemah.
"Umi masuk Hospital lagi, petang semalam,"
''Ya Allah, kenapa tak cakap dekat Adik?" jawabku terkejut.
Akakku membisu di sebalik talian henfon tangannya.
"Jadi bagaimana keadaan Umi dan siapa pulak yang jaganya kat Hospital?" tanyaku lagi.
"Abah," jawab akakku.
"Hummmm..Acik dah cuba telefon Along dan Angah?"
"Sudah, semalam lagi Acik sudah telefon dan bagitahu Along,"
"Bagaimana pula keadaan Umi harini, Abah ada telefon?"soalku.
"Doktor cakap yang Umi perlu menjalani satu pembedahan kecil, untuk memasukkan wayar ke dalam perutnya," jawab Acik.

...Dugaan Allah..
Kadang Allah nak Uji Hambanya denga pelbagai cara...kesukaran hari ini adalah kejayaan di masa hadapan..Ya Allah..kuatkanlah hambamu ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)