Tuesday 28 August 2012

BYE UPM!!!

Salam..
Aku rasa dah lama sgt aku xtcoret papew kat Blog ni...So harini pagi2 lg aq bangun (xla pagi sgt pukul 9) terasa nak coret jew..untuk aku melanjutkan pengajian aku d UPM ni mungkin aku terpaksa kuburkan buat sementara waktu kerana aku xdapat pembiayaan drp BAPAK aku n aku telah merangka beberapa agenda untuk mencari alternatif sendiri untuk melanjutkan pelajaran nanti (Insyaallah). dalam perancangan 2 aku nk but biz, tp biz ni xsm spt biz aq sebelom raya iaitu jual jubah perempuan da juga jual tudung. Insyaallah jika xde aral melintang mungkin aku akan bukak kedai makan dan akulah tukang masaknya...INSYAALLAH!!!

Monday 5 March 2012

Tentang "3 DHIA"

Da lama rasanya aku xmencoretkan pape kat Blog aku ni, mesti dia pun rindukan aku jugak.. harini aku nak story tentang "3DHIA" yang wujud dalam hidup aku sekarang. Ketiga-tiga "DHIA" ni semamangnya merupakan orang yang paling aku sayang dalam hidup aku..


tapi sayang aku perlu memilih satu jew "DHIA" dalam tiga "DHIA" ni..

Friday 3 February 2012

Cuti sem...

Salam,,
dah lama aku xmenulis pape kat Blog nih..hari ni aku nak story satu kisah yang berlaku pada aku pada cuti sem kali ni..kisah ni bermula pada 19hb januari..sehari sebelum besday aku yang ke-... dan tarikh besday aku sama dengan hari ke-100 arwah UMI ku tinggalkan aku untuk selamanya..
Pada 19hb Januari ayah aku telah berkahwin dengan seorang janda yang berusia 38 tahun yang beranak 6..walaupun aq melarang dia berkahwin dengan janda tersebut tetapi dia tetap berkeras nak berkahwin dengan janda tersebut..disebabkan rasa sayang aku pada abah aku izinkan dengan hati yang berat..yelah ayah nak kene tanggung keenam-enam anak perempuan tersebut yang mana 5daripada mereka masih lagi bersekolah, sedangkan ayah masih lagi ada tanggungan sendiri iaitu aku dan seorang adik aku yang masih lagi bersekolah darjah 5..aku tahu selepas ni banyak masalah yang akan timbul nanti.. sehari selepas ayah berkahwin aku sudah nampak sikap perempuan tersebut yang mana seorang yang pemalas, tapi aku masih lagi berdiam diri aku hanya ingin tengok apa yang akan berlaku selepas itu. dua hari perkahwinan mereka aku tengok perAngainya masih lagi sama dan maaflah jika aku cakap yang aku seperti tidak selesa dengan sikap anak-anak tiri ayah aku yang seakan bersifat SAKAI!!!!!..yelah kesemua makanan ringan yang ada kat rumah ni dan stok untuk aku sebulan di kampung ni habis dilahap oleh anak-anak mereka sehinggakan MAGGI pun dibalunnya dengan makan mentah2..aku betul-betul tidak tahan...so aku ada 2 pilihan nak balik Kuala Lumpur semula or nak Stay je di kampung dengan tinggal satu rumah dengan diorang?????