..Harini dah sampai UPM setelah 5hari balik kampung...
..agak memenatkan balik rumah, baru je sampai dalam pukul 5 pagi dah kene kemas rumah yang dah macam tonkang pecah..tapi tak apelah buat keje dengan seikhlas hati...
..tidur kejap, sedar-sedar dah pukul 11pagi..aiyowwwwww!!!..sudah lewat,,bersiap pergi melawat kubur arwah...
...Hummmmm,,,rindu sangat-sangat kat arwah..masa baca yassin air mata mentik (dah tak control macho lagi)..masih lagi rindu kat arwah..yA ALLAH semadikanlah arwah ibuku dengan aman di sana...
...Kat rumah sorang-sorang..layan lagu 90an..
..tengah hari masak for Lunch, aku masak banyak-banyak dan aku jugaklah yang tolong habiskan..dah tak ada soul kat rumah ni..sangat-sangat sunyi..
..masa kat kampung cuaca asyik hujan dan aku pulak buat taik mata jela..nak jahit baju buat design terbaru malas..baju raya haji ni dah design tapi aku dah janji nak jahit untuk arwah jugak...biarlah raya haji ni kalau boleh pakailah baju yang dah ada..baju raya puasa pun masih lagi ok..baru sekali pakai..tunggu adik balik je, nak carikan dia baju raya..adik perlu di utamakan..abang tak apelah..dah besar...lagipun raya haji ni abang tukang duduk kat dapur je,,Abah korban lembu tahun ni..jadi abang tukang masak je raya nanti..dah beralih tugas...
Friday, 28 October 2011
Saturday, 22 October 2011
Wednesday, 19 October 2011
Jasper, John dan Jonnah..
Menjawab tentang isu pada kali ini bagi subjek Multimedia dalam sastra iaitu mengenai tiga nama yang sangat femes (agakla) iaitu makhluk yang bernama Jasper, John dan Jonnah. besar keberangkalian nama Jasper ni adalah nama kegemaran Dr Notss bagi watak hantu yang bergentayangan yang berwarna putih (seperti roh orang mati tetapi sangat cute) yang terdapat dalam cerita english pada zaman Dr Nots. Manakala nama John pula salah seorang kawan baik Dr Nots semasa study di overseas dimana insan bernama John ini mugkin seorang penduduk di sana dan selalu menolong Dr Notss semasa dalam kesusahan, insan yang terakhir pula bernama Jonnah, Jonnah ni pula mungkin isteri kepada John dan mereka bertiga sangat baik...
Friday, 14 October 2011
...10hb Oktober 2011
Umi.
Harini dah 6 hari Umi tinggalkan kami, tapi bagi kita rasa seperti baru semalam je kita jaga Umi kat Hospital, kita sayang Umi peluk Umi kucup pipi dan dahi Umi selalu, kita masih ingat lagi pada hari Jumaat 7hb Oktober, akak kita ada mesej pagi-pagi lagi masa tu kita baru bangun tidur dia cakap yang Umi semalaman muntah keluar darah dan darah Umi jugak keluar bercampur najis, Umi tau tak masa tu kita kat sini dah mula rasa takut dan risau kerana kita tahu keadaan Umi semakin teruk. kita bergegas mesej akak tanya keadaan Umi kritikal ke? dia hanya cakap kalau busy tak payah balik lagi, Umi kita sedih kerana kita bukan tak nak balik tapi kita tengah siapkan Thesis untuk projek tahun akhir.
Umi..
Pagi-pagi lagi kita pergi Fakulti untuk jumpa penyelia dan pensyarah nak cakap kita tak dapat pergi kelas petang kerana kita nak balik kampung selepas solat Jumaat tapi penyelia dan pensyarah tak ada. Umi tau tak kelas seni lakon pada pagi itupun kita tak fokus sangat bila pensyarah suruh buat aktivit kerana kepala kita ni perasaan risau dan takut menerobos fikiran dan hati kita. Akak ada cakap yang Umi selalu suruh akak-akak yang ada di Kuala Lumpur balik kampung untuk jaga dia sakit, Umi akak-akak semua bukan tak mahu jaga tapi diorang tak boleh tinggal lama-lama di kampung kerana mereka ada tanggungjwab dan keluarga, Umi jangan risau cuti pertengahan semester nanti kita janji akan balik kampung,, tapi sekarang kita tahu yang kita dah tak dapat nak jaga Umi, nak peluk Umi, nak sakat Umi macam dulu kerana Umi dah tinggalkan kita..
Umi..
Kita tahu masa Umi masih lagi larat untuk bangun walaupun masih lagi sakit. Umi ada beli kain batik jawa yang banyak dan kain pelikat, kita tanya Umi nak buat apa semua ni? Umi cakap kalau meninggal nanti senang tak payah nak susah-susah cari kain untuk selimut mayat dia nanti,,,kita hanya gelak dan cakap kenapa tak mahu guna kain chiffon, kan maha, lagi vogue dan hot curlasss...kita sama-sama gelak...bahagianya saat itu..tapi kita tak tahu yang kain batik Umi beli tu yang mengiringi dan yang membalut pengusung jenazah Umi sehingga ke kubur..masa itu kita tak dapat rasa kaki kita bila abang-abang ipar mengusunug jenazah Umi ke kubur..tapi kita lari jugak kejar pengusung Umi..masa itu air mata kita dah keluar laju..
Umi..
Lepas solat jumaat kita tunggu akak datang ambik kita nak tumpang akak balik kampung jumpa Umi,,masa dalam kereta kita nampak muka along dan angoh nampak risau tapi kita buat-buat tak nampak..kita pun sama dok terfikir pasal Umi kat kampung je..masa sampai rumah dah lewat malam kita janji esok pagi-pagi lagi kita ramai-ramai anak-anak Umi pergi tengok Umi, kita dah janji dengan Angah nak jaga Umi kat Hospital malam nanti...tapi kita tak tahu pulak yang malam itu adalah malam terakhir kita dapat jaga Umi dan teman Umi tidur..sampai di Hospital. abang perasan yang Umi nak nagis bila terpandang muka anak-anak Umi tapi kita tegah Umi nangis kita cakap jangan nangis kan anak-anak Umi semua dah balik ni..Umi kita minta maaf kalu kita buat Umi sedih, kita tak nak tengok Umi sedih kita sayang Umi..sekarang kita dah tak dapat lagi nak tengok Umi gembira bila anak-anak semua pulang ke kampung.
Umi..
Sampai sekarang kita masih lagi sedih kerana kita tak ikut aje ape yang Umi arahkan malam tu. kita bukan tak nak dengar cakap Umi, tapi kita tak sanggup tengok tubuh Umi luka-luka bila Umi asyik minta tolong supaya bantu dia duduk dan tidur. kita larang Umi kita nak Umi tidur, Umi rehat kita bukan nak jadi anak derhaka bila Umi minta nak balik ke rumah, kita tak tahu pulak yang Umi dah nak tinggalkan kita pasni. maafkan kita Umi. kita nak Umi stinggal kat Hospital, kan di Hospital ada doktor, ada nurse ada ubat, nanti mereka boleh tengok-tengokkan Umi nanti. kita sempat borak-borakkan bila kita suruh Umi lawan penyakit Umi kan kita ada setahun lagi nak tamatkan pengajian, boleh Umi datang hari Konvokesyen kita nanti...Umi malam itu dah jadi malam terakhir untuk kita berborak, walaupun Umi sakit tapi Umi masih lagi teman kita tengah siapkan asigement.
Umi..
Malam itu Umi tak tidurkan?..Awal-awal pagi lagi Umi da kejutkan kita suruh pergi panggil doktor minta nak balik, kita tak dapat nak cari doktor yang jumpa hanya nurse yang bertugas, kita minta maaf bila kita suruh nurse pergi bagitahu Umi supaya sabar dan banyakkan rehat..anak Umi memang nakal sempat lagi berkomplot dengan Nurse untuk menipu Umi dan bagitahu doktor dah balik rumah..bila kita nak mandi kita suruh akak tolong tengok-tengokkan Umi, kita sayang Umi, kita hanya tinggalkan Umi sekejap saja tapi Umi...bila datang kita tengok nurse dah mula masukkan wayar melalui hidung Umi, Akak cakap yang Umi didapati sukar untuk bernafas..bila doktor datang kita minta nak keluar kejap..kita sempat lagi lambai kat Umi dan bagitahu "Umi, Abang dan Angah nak keluar kejap je, jap lagi bila doktor dah selesai periksa Umi kami masuk semula." kita sempat lambai tangan kat Umi...kita tak tahu yang itu adalah lambaian terakhir untuk Umi, kami nampak mata Umi redup sahaja pandang kami..kita dan cucu Umi turun ke kantin sekejap untuk cari sarapan, bila pergi kat wad Umi kita tengok tirai katil Umi ditarik dan semua doktor nurse-nurse seperti kelam kabut..Umi tahu tak masa tu kita dah nak nangis, lutut kita dah terketar-ketar lagi-lagi bila doktor panggil kita dan akak masuk dalam doktor bagitahu Umi sukar untuk bernafas dan jantung Umi sudah lemah untuk berdenyut....masa tu tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan kita. akak dah nangis, kita pulak hanya mampu menganguk bila doktor minta kebenaran nak masukkan wayar kedalam badan Umi untuk membantu Umi bernafas..kita tahu masa itu keadaan Umi dah kritikal..kita minta maaf Umi..bukan niat nak seksa jasad Umi tapi kita nak Umi selamat..
Umi..
Kita terus telefon Abah, akak-akak pastu jiran sebelah rumah, nak bagitahu keadaan Umi semakin kritikal. Masa berjalan dengan pantas. Doktor panggil kita masuk dia cakap Umi perlu dibawa ke wad kecemasan kerana Umi koma, Umi tahu tak kak cik datang dengan teksi kerana suami dia ada kerja di Kuala Lumpur..Acik nangis bila tengok keadaan Umi..cucu Umi, Najmil dia tenangkan mummy dia sedang nangis…kita cepat-cepat lari keluar kerana tak tahan tengok keadaan Umi yang dah tak bermaya dalam keadaan koma..haritu ramai kawan-kawan Umi datang. Saudara mara Umi pun datang..kami baca yassin ramai-ramai dalam wad..sehingga semua orang tengok…kita dan kakak-kakak semua tahan sebak bila baca yassin kat Umi..kita takut yang Umi akan tinggalkan kita..kita tak tinggalkan Umi pun..kita selalu bisikkan kat telinga Umi kalimah syahadah..kita rasa sebak bila bisikkan kalimah syahadah di telinga belah kanan Umi..air mata kita laju mengalir..saat manis dengan Umi bermain-main dalam ingatan kita..kita Nampak akak-akak semua dah nangis..
Umi..
Masa Umi di bawa kebilik kecemasan. Doktor melarang kami masuk sama..kami nak duduk sebelah Umi..nak bacakan yassin untuk Umi..kita berkeras jugak nak masuk..doktor mengalah dan benarkan kami masuk bergilir-gilir..kita memang keras kepala..kita baca yassin di sebelah Umi..kita tengok dada Umi turun naik, berombak bila Umi bernafas..Umi tahu nurse dalam wad kecemasan tu tengok kita nangis masa baca yassin..kita tak malu biarlah dia tengok…Umi malam 2 semua anak-anak Umi berkampung depan wad kecemasan..kita tidur atas lantai depan wad kecemasan..kita tak mahu tidur kita nak tunggu Umi bangun..doktor masih lagi mencuba sedaya upaya untuk selamtkan Umi..kita tak pernah putus-putus mintak doa kat Allah semoga Umi selamat..kita terlelap kejap malam tu..kita mimpi jumpa Umi pakai kain sembahyang putih. Umi tersenyum dan melambaikan tangan pada kita..kita Nampak Umi berdiri dan semakin menjauh..kita kejar Umi tapi tak dapat..sedar-sedar akak kejutkan kita dan bagitahu doctor panggil kita masuk dalam..Nurse bagi kita masuk ramai-ramai baca yassin untuk Umi..kita tengok tubuh Umi dah biru..kesejukkan..kita baca yassin sambil nangis..suami acik yang baru sampai dari Kuala Lumpur..menantu lelaki Umi menagis…Umi tahu tak kami semua sayangkan Umi..
Umi.
10hb Oktober isnin pukul 10pagi..doktor panggil kami smua masuk kedalam..doktor mintak kami bawa Umi balik ke rumah..doktor bagitahu yang pihak hospital dah tak mampu lagi untuk bantu Umi..’’keadaan Mak awak semakin kritikal..kami sudah buat yang terbaik..peratus untuk Mak awak hidup hanya 10pertaus sahaja”,,kita terdiam bila doktor bagitahu..kita tengok akak kita nangis atas kerusi..adik kita peluk akak kita..cucu Umi pun sama..turut nangis..kita dan akak balik dulu dengan kerana nak siapkan tempat untuk Umi..anak-anak Umi tunggu Umi di rumah..Umi balik dengan Ambulans..abah yang naik sama dengan Umi..pukul 1453 Umi tiba dengan Ambulans..bila Umi da di baringkan di ruang tamu..nurse yang bersama Umi bagitahu yang Umi dah tak ada lagi..Umi dah tinggalkan kita..kiat tak percaya..kita pergi panggil kawan Umi yang nurse kat klinik..kita masuk dalam klinik sambil nangis..kita peluk nurse tu..kita mintak dia datang rumah..tolong periksa nadi Umi…
Umi..
Pukul 1515… Umi tahu tak air mata kita laju mengalir bila nurse kawan Umi tu minta kain tudung putih..rupa-rupanya dia nak selimutkan muka Umi…Umi tahu tak along menangis sambil peluk anak-anak dia..acik pulak menangis diatas sofa..alang pulak menagis sambil dipeluk oleh angah..kita tengok adik laki kita haikal yang menangis sambil dipeluk oleh kawan Umi..kita pulak bersila sebelah jenazah Umi..kita peluk jenazah Umi..sambil tahan air mata dari jatuh..Umi Nampak semua tu..kami semua sedih bila Umi dah tinggalkan kita..kita sedih sangat masa tu..kita ingat lagi kami anak-anak Umi bacakan yassin ramai-ramai dan mengaji di sebelah jenazah Umi..kami semua harap yang roh Umi ditempatkan di temapt orang-orang yang soleh..
Umi..
Selepas waktu maghrib kami anak-anak Umi sepakat nak mandikan jenzah Umi..kami anak-anak Umi enam orang ni sama-sama mandikan Umi..kita Usap lembut kepala Umi..kita tak mahu Umi sakit..Umi rasa tak yang anak-anak Umi mandikan Umi..kami tahan air mata takut terjatuh atas Umi…kita ingat lagi selalu jugak kita mandikan Umi dahulu..dan kita tahu ini adalah yang kali terakhir kita dapat mandikan Umi..kita mandikan Umi, usap lembut..Umi mesti dapat rasakan yang anak-anak Umi tengah mandikan Umi…kita gosok tubuh Umi perlahan-lahan..akak-akak pula gosok kaki dan kuku Umi dengan lembut..Umi mesti perasan kan..mak cik yang tolong mandikan itu nasihat kepada kami supaya jangan nangis..kita tahan air mata, tapi kita tengok adik perempuan kita makin kuat nangis..kita sebak…pasni dah tak ada lagi orang nak masak untuk kita bila kita pulang ke kampung..kita ingat lagi zaman sekolah kita selalu bawa balik kawan-kawan balik ke rumah..kita nak suruh kawan-kawan tahu yang Umi pandai masak…kita tersenyum bila kawan-kawan semua puji kata masakkan Umi sedap..
Umi..
Umi tahu tak kita sama-sama dengan kawan-kawan Umi kafankan jenazah Umi..kita pakaikan Umi kain putih yang bersih..kita tengok kawan-kawan Umi dengan lembut pakaikan Umi kain telekung sembahyang..muka Umi tenang sahaja seperti sedang tidur..Umi mesti masih ingat kan kita selalu tolong Umi pakaikan baju..make-up kan Umi setiap kali Umi nak keluar rumah..last kita make-up kan Umi masa hari raya yang lalu..kita buat eye smoke kat mata Umi..selalu je Umi marah-marah kita bila kita kenakan Umi masa tengah make-up....kita tak malu bila keluar kita belikan tudung, baju untuk Umi..semua itu kita beli untuk Umi..Umi ingt lagi bila adik Umi cakap yang Umi beruntung dapat anak macam kita..bila kita selalu belikan barang-barang untuk Umi..kita tengok Umi tersenyum..itulah setiap kali pulang ke kampong kita akan belikan hadiah untuk Umi..raya haji yang akan datang tahun ni kita dan akak-akak rancang nak buat jubah untuk Umi..kan anak-anak Umi dah pandai jahit baju..kita pun dah pandai jait baju ..kita nak buat jubah yang paling lawa sekali..Umi ada cakap nak jubah yang kainnya dijahit dengan batu-batu manik yang besar..kami janji raya haji ni kami akan buat untuk Umi..tapi,,kita tak dapat nak buat baju untuk Umi lagi…Umi dah tak ada..kita hanya dapat sediakan baju putih sahaja yang membaluti tubuh Umi sampai bila-bila..
Umi…
Sebelum jenazah Umi di sembahyangkan..kami anak-anak Umi mengelilingi jenazah Umi..kami anak-anak Umi datang kucup dahi Umi gilir-gilir..kita dapat rasa dahi Umi sangat sejuk..semua orang cakap wajah Umi seperti orang sedang tidur..kami tak dapat tahan sedih mungkin ini adalah kali terakhir dapat kucup dahi Umi…Umi tahu kita sampai 2 kali kucup dahi Umi..kita sayang Umi..kita sembahyangkan jenzah Umi..masa tengah sembahyang hati kita tak putus-putus mintak doa pada Allah supaya tempatkan roh Umi di tempat orang-orang yang soleh..jenazah Umi ditutup dengan kain batik jawa yang Umi belikan..kita perasan kain itu Umi beli..kita makin sedih..Umi seperti dah tahu…pukul 2154..menantu lelaki Umi ramai..merekalah yang usung jenazah Umi pergi ke kubur....kita pun usung jugak..jenazah Umi ringan sangat..kita tak mahu gilir dengan siapa-siapa pun..kita sendiri nak usung jenazah Umi..sampai di kubur..Umi tahu tak kita yang tunggu dalam kubur,,kita sendiri nk letakkan Umi dalam liang lahad..sebak hati kita bila tengok tanah menimbus jenazah Umi…tapi kita bersyukur kerana dapat penuhi semua apa yang Umi minta..kita mandikan Umi. Kita kafankan Umi..kita usung jenazah Umi..kita sambut Umi dalam kubur,,,kita letakkan Umi dalam liang lahad..
Umi…
Umi tahu tak boleh kata setiap saat. Setiap masa anak lelaki Umi ini berendam air mata..setiap hari yang di lalui tanpa seorang Ibu di sisi..nanti bila hari konvokesyen kita nanti sampai nak datang tengok kita..nak tengok kita rangkul ijazah..Umi pergi tanpa sempat tengok anak Umi ini berjaya..kita dah janji nak bawa Umi tinggal di Kuala Lumpur dengan kita..setiap kali kita rindukan Umi..kita sedekahkan Al-Ftihah..tapi setiap kali itu jugaklah kita akan nangis..kenapa malam sebelum kita berangkat ke UPM..kita masuk bilik Umi sebak rasanya..tempat Umi dimandikan,,kita nangis sebab rindukan Umi..akak kita perasan.kita mengaji dalam bilik Umi..kita bacakan Yassin setaip malam untuk Umi...kita terpaksa balik awal kerana kita rindukan Umi bila berada di rumah,,,jiran sebelah rumah ada beritahu sebelum Umi pergi. Umi cakap nak tunggu kita balik..kita sedih..sebab Umi nak suruh kita balik awal tapi kita tak dapat cuti lagi maafkan kita..Umi tahu tak..kita tengok gambar Umi..hati kita sebak..seperti Umi masih lagi ada bersama kita..seperti Umi masih lagi ada kat kampung dan kita pulak tak sabar-sabar nak balik kampung weekend ni nk jumpa Umi..Umi tahu tak walaupun kita dah ada di kolej tapi kita masih lagi teringatkan Umi..kita seperti nak je telefon Umi…nak cakap dengan Umi..tapi kita tak tahu bagaimana…kan Umi tahu kita masukkan kredit nipun sebab selalu nak telefon kampung..Umi kita sebak kerana raya ini kita tak dapat lagi nak rasa nasi hujan panas masakkan Umi…kita tulis kisah ni supaya kesedihan kita reda..tapi tak berhasil..inipun air mata kita keluar..kita nak suruh Umi tahu yang kita memang sayangkan Umi sangat-sangat…Umi jangan risau kita janji akan selalu bacakan Yassin untuk Umi…Umi tunggu taw….
Thursday, 6 October 2011
..THERAPY
Diam tak diam, minggu ni dah nak masuk minggu yang kelima untuk semester 5 di UPM ni. Aku masih lagi busy untuk menyiapkan Thesis bagi bahagian pengenalan dan minggu ni kesihatan aku tidak berapa nak membantu sangat, setiap malam aku pasti akan terasa sakit di bahagian kepala, tak tahu kenapa dari dulu lagi penyakit ni selalu menyerang pada malam hari. aku just think positif dan just say strees kot. Aku sekarang begitu minat untuk menulis kerana aku dapat rasakan setiap kali aku menulis pasti bahuku merasa sedikit ringan untuk memikul beban yang aku pikul sekarang, dalam kelas tadi Dr Normaliza sendiri yang mengatakan bahawa jikalau kita selalu menulis ia boleh dijadikan terapi kerana kita meluahkan apa yang terpendam dalam hati ini dan pindahkannya pada menjadi kata-kata,
Saturday, 1 October 2011
KETENTUAN CINTA...
KETENTUAN CINTA.
Bukankah Semestinya Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti Ertinya Cinta…
Tak Habis Ku Berfikir Sampai Bila Begini,
Ku Menanti Rasakan Indahnya Cinta…
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir Hanya Waktu Menemani..
Biar Kenangan Tersimpan Dihati..Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti Ertinya Cinta…
Tak Habis Ku Berfikir Sampai Bila Begini,
Ku Menanti Rasakan Indahnya Cinta…
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir Hanya Waktu Menemani..
Biar Kenangan Tersimpan Dihati..Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(UPM. SERDANG)
SEDARLAH...
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,
Untuk menuju kepangkal keimanan,
Bagi Mencapai puncak ketaqwaan-Nya.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,,
Membina ukhuwah persaudaraan,
Membanguni insani sepanjang zaman.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,,
Menyemai amal untuk bekalan,
Menyisip makruf yang tertinggal.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya, Pintu taubat masih terbuka,
Nikmat kesihatan masih tersisa.
Jika tak sedar hari ini,
Intailah jalan pulang,
Semasa denyutan masih berbunyi,
Sebelum bercerai nyawa dari badan.
sedarlah akan jalannya,
Untuk menuju kepangkal keimanan,
Bagi Mencapai puncak ketaqwaan-Nya.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,,
Membina ukhuwah persaudaraan,
Membanguni insani sepanjang zaman.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,,
Menyemai amal untuk bekalan,
Menyisip makruf yang tertinggal.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya, Pintu taubat masih terbuka,
Nikmat kesihatan masih tersisa.
Jika tak sedar hari ini,
Intailah jalan pulang,
Semasa denyutan masih berbunyi,
Sebelum bercerai nyawa dari badan.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(BLOK L2, 133 UPM, SERDANG)
KETENANGAN...
Sayu mataku terlihat
Hatiku sentiasa terhalang
Jiwa meratap batin bergelora
Ombak derita, terpencil merasa
Ketenangan kucari tiada datang
Hanya masalah muncul tak diundang
Malam bertukar siang
Hatiku sentiasa terhalang
Jiwa meratap batin bergelora
Ombak derita, terpencil merasa
Ketenangan kucari tiada datang
Hanya masalah muncul tak diundang
Malam bertukar siang
tapi sukar untuk kubezakan
Mata hatiku tanpa makhrifat
sapaan jiwa terteka, fizikalku terasa bisanya
Meronta masalah meratapi
Meraung tanpa siapa yang peduli sendirian
Kristal kaca dilaut membiru
Mata hatiku tanpa makhrifat
sapaan jiwa terteka, fizikalku terasa bisanya
Meronta masalah meratapi
Meraung tanpa siapa yang peduli sendirian
Kristal kaca dilaut membiru
Sang camar mengepak tinggi
Awan putih bak kapas bergulung
Awan putih bak kapas bergulung
umpama suci ia dilahirkan
ketenteraman jiwa meresapi di hatiku
melamabai-lambai ketenangan itu datang menyapa
Tiada ada apa dapat lagi untukku selindung
terbebas dari kemurungan yang menakutkan.
Ketenangan,
Memberi ilham sumber inspirasi
Pengembaraan untuk mencari sebuah realiti
Bukan satu perasaan untuk hukuman diri
Situasi ini,
ketenteraman jiwa meresapi di hatiku
melamabai-lambai ketenangan itu datang menyapa
Tiada ada apa dapat lagi untukku selindung
terbebas dari kemurungan yang menakutkan.
Ketenangan,
Memberi ilham sumber inspirasi
Pengembaraan untuk mencari sebuah realiti
Bukan satu perasaan untuk hukuman diri
Situasi ini,
Yang tak dapat ku ungkapkan
Kini aku beroleh satu ketenangan
Buat menghadapi segala mendatang
Itulah yang aku alami
Menghargai erti sebuah ketenangan
Anugerah milik-Mu Tuhan
Pemberian-Mu ku terima sepenuh hati
Hidayah-Mu memancar umpama suria
Menerangi jiwaku yang dulu kelam gelita
Kini aku beroleh satu ketenangan
Buat menghadapi segala mendatang
Itulah yang aku alami
Menghargai erti sebuah ketenangan
Anugerah milik-Mu Tuhan
Pemberian-Mu ku terima sepenuh hati
Hidayah-Mu memancar umpama suria
Menerangi jiwaku yang dulu kelam gelita
Tak dapat kugambarkan
Dan sukar untuk aku ceritakan
Memperkatakan erti sebuah ketenangan
Yang kini memberikan ku seribu keyakinan
Dan kini,
sebuah harapan dalam meneruskan kehidupan
Dengan kecekalan sifat terpuji dan di rahmati.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(PUNCAK BROGA HILSS, SELANGOR)
DI KEJAUHAN
Apabila aku berada dikejauhan
Adakalanya ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Adakalanya ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Burung teman yang bersarang
Dan juga rakan teman
Dan juga rakan teman
Dikala itu
akan ku tunjahkan akal yang sihat
merempuh tembok jeriji kelemahan
merempuh tembok jeriji kelemahan
dengan iltizam untuk berjuang
Melihat mereka sekeliling gembira disampinya yang tersayang
Melihat mereka sekeliling gembira disampinya yang tersayang
Yang tercipta kegembiraan
ku hanya kesepian
tapi syukurku punyai teman seperjuangan
Menyatakan hasrat dalam satu semangat
tapi syukurku punyai teman seperjuangan
Menyatakan hasrat dalam satu semangat
kita harus teruskan
Perjuangan ini demi mencari keredaan-NYA
Keredhaan hakiki, keredhaan dirahmati
Perjuangan ini demi mencari keredaan-NYA
Keredhaan hakiki, keredhaan dirahmati
Dikala ini
Masa muda dilalui hanya sekali
Masa muda dilalui hanya sekali
Pinjamannya untuk berbakti
Pergunakannya agar kau tidak akan kesal
Di esok hari
Pergunakannya agar kau tidak akan kesal
Di esok hari
Seperti nafas mereka yag tertewas
Ketenangannya ada disini
Tidak akan dikau ketemu tanpa usaha dan rahmtanya
Kebahagian tersirat dihati
tidak akan dikau rasa
Ketenangannya ada disini
Tidak akan dikau ketemu tanpa usaha dan rahmtanya
Kebahagian tersirat dihati
tidak akan dikau rasa
Kerana
kau tidak pernah untuk menghayatinya.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653).
(BLOK L2, UPM SERDANG).
Subscribe to:
Posts (Atom)