Saturday, 1 October 2011

DI KEJAUHAN


Apabila aku berada dikejauhan
Adakalanya  ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Burung teman yang bersarang
Dan juga rakan teman

Dikala itu
akan ku tunjahkan akal yang sihat
merempuh tembok jeriji kelemahan
dengan iltizam untuk berjuang
Melihat mereka sekeliling gembira disampinya yang tersayang
Yang tercipta kegembiraan
ku hanya kesepian
tapi syukurku punyai teman seperjuangan
Menyatakan hasrat dalam satu semangat
kita harus teruskan
Perjuangan ini demi mencari keredaan-NYA
Keredhaan hakiki, keredhaan dirahmati

Dikala ini
Masa muda dilalui hanya sekali
Pinjamannya untuk berbakti
Pergunakannya agar kau tidak akan kesal
Di esok hari
Seperti nafas mereka yag tertewas
Ketenangannya ada disini
Tidak akan dikau ketemu tanpa usaha dan rahmtanya
Kebahagian tersirat dihati
tidak akan dikau rasa
Kerana
kau tidak pernah untuk menghayatinya.


(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653).
(BLOK L2, UPM SERDANG).


No comments:

Post a Comment