Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan Umi. Dengan mata yang baru separuh terbuka, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak, baru pukul empat lebih. Tak salah lagi itu adalah suara Umi yang sedang mengalunkan bacaan Al-Quran dimana Umi membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi. Memang Umi selalu membaca Al Quran tetapi selalunya selepas waktu maghrib iaitu untuk menanti solat isyak.tapi pada pagi ini aku berasa sangat syahdu apabila mendengar Umi membaca Al-Quran pada awal-awal pagi. Suara Umi bertilawah Al-Quran tersangatlah jelas dan sempurna tajwidnya kerana pada masa dahulu arwah atuk adalah seorang Guru Agama di Kampung . Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Haikal, adik bongsuku Si Haikal yang baru darjah empat sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu meja kecil yang berbentuk kucing Garfield. Rasa hairan bermain dalam dada, tak pernah si Haikal ni study sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?
Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang study. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk study, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi Haikal pun dah tahu.
Aku mengintai ke bilik ke bilik Umi melalui pintu yang terbuka separuh dan kelihatan Umi masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Umi bertelekung putih dan sedang bersimpuh sambil tanganya memegang buku kecil iaitu kitab Al-Mathurat. Sudah tentu ibu bangun solat malam. Aku merasa sangat syahdu melihat semua ini kerana walaupun Umi sering kelihatan kepenatan apabila selesai tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa tetapi beliau masih lagi sempat menunaikan solat malam.
‘’Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana engkau telah memberikanku seorang Umi yang sangat tabah dan kuat dalam menjalankan amanah sebagai ibu dan juga hamba yang patuh mengerjakan suruhan-Mu.
Mataku terpandang akan susuk tubuh abah yang mana sedang bersandar di kepala katil dan keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang abah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.
Air mataku mengalir hiba apabila melihat abah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama ini pun memang aku ada mengamalkannya. Zikir itu kupelajari sewaktu menginkuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimana kami di ajar oleh pegawai PLKN untuk menghafal beberapa buah zikir dan kami para peserta diminta untuk mengalunkannya selepas waktu maghrib.
‘’Subhanallah, hatiku diserang satu perasaan yang sangat indah kerana aku adalah zuriat dari mereka yang sangat mementingkan ilmu agama dan tidak lupa tanggunjawab sebagai seorang hamba,’’ bisik hati kecilku sambil mengucapkan syukur kepada-Nya.
Aku beredar ke ruang tamu dan kakiku tersepak sebuah alat permainan objek kereta kecil barangkali dan ia terkena almari cabinet yang terletak lalu telah menyebabkan satu bunyi kecil di ruang tamu. Bunyi tersebut telah mengejutkan adik perempuanku Acu yang sedang tidur di atas kerusi panjang. Acu adalah seorang lagi adik perempuanku yang masih lagi bersekolah dalam tingkatan 4.
‘’ Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya,’’desisku.
“Dah pukul berapa abang?”
“Emmm. dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.
Acu bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang Isyak.
Aku merenung syiling rumah dan kelihatan dua ekor cicak sedang bermain-main di sebalik lampu yang terpasang.
Aku rasa Acu terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Ku ambil buku tersebut dan membaca tajuknya … Novel tersebut adalah bertajuk Nyanyi Sunyi karya Maskiah Masrom. Masyaallah Acu boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Acu ni tak pernah baca novel-novel berbentuk Islamik . Yang diminatinya tak
lain itulah majalah hiburan majalah gosip artis . Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.
Memang pernah abah memarahinya kerana terlalu taksub menonton rancangan reality tv yang berbentuk nyanyian dan melengah-lengahkan solat maghrib. Tapi itu empat tahun yang lalu.
Sambil mataku melilau melihat kearah syiling aku teringat kesusahan semasa belajar di Moskow satu ketika dahulu. Selama 4 tahun aku menetap di Moskow dan terpaksa melawan kesusahan apabila berada di sebuah Negara majoritinya menganut agama Yahudi. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun penat jerih berada di Negara orang aku berjaya membawa pulang segulung ijazah dalam bidang peradaban dunia.
Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kuala Lumpur, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.
Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.
“Abang, ooo Abang,” laung Umi dari dapur .
“Ya Umi,” sahut ku lemah.
“Bangun solat Subuh ye nak.”
“Ha’ah,” aku patuh.
“Umi… sape yang mengayuh basikal pagi-pagi ni?” soalku ingin tahu.
“Haikal, ikut abah ke surau berjemaah.”
Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan semasa berada di moskow. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang di negara Yahudi…dan tiada sesiapa pun bersama-Nya, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang dipenuhi dengan cahaya keimanan.
‘’Alhamdulillah,’’seruku sambil mengaminkan doa.
@@@
Aku menolong Umi menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah nasi dagang berlaukkan ikan tongkol masak kari lemak kuning. Abah masih di bilik. Menurut Umi, Abah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif? Aku masih ingat pesan ustazahku semasa mengikuti kelas Fardhu Ain satu ketika dahulu.
Acu dan Haikal berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas.dan terdapatnya kandang kambing dan sangkar arnab, bunyi kambing mengembek bising sering memecahkan kesunyian pada pagi hari.
‘’Umi, kambing Abah tak ada orang datang beli?’’ tanyaku kepada Umi.
“Dua minggu lepas orang surau ada datang, katanya nk beli kambing abah engkau dua ekor, nak buat kenduri makan-makan kat surau katanya ada orang dari Bandar nak datang,” jawab umi.
Kambing ini adalah pemberian hadiah daripada pihak pegawai jabatan haiwan daerah Gua Musang kerana Abah antara mereka yang layak mendapat bantuan ternakkan, lagipun abah sudah terlalu tua untuk melakukan pekerjaan kerana usianya telah mejangkau 58 tahun.
Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka sedang mengamalkan senaman yang ringkas. Walaupun Acu adalah adik aku tapi ketinggian tubuh badan agak tinggi berbanding aku disebabkan itu Acu sering mewakili sukan bola jaring di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan dalam Islam.
Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Abah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Itulah abah seorang yang sangat serius mendalami ajaran islam. Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan dan juga selalulah berselawat keatas Rasul junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W pada setiap masa kerana sekali kita selawat keatas Rasul, sepulih kali malaikat akan berselawat untuk kita.. Umi dan Abah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan Umi dan Abah.
Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur tetapi kita sebagai hambanya hendaklah selalu berusaha dan bertwakal kepada Allah dalam mengerjakan sesuatu perkara.
Selepas kami semua selesai bersarapan bersama-sama, aku menolong Umi mengemas dapur dan menyusun pinggan mangkuk yang siap di cuci.
“Umi Abang rasa seronok balik kali ini.”
“Iyelah, dah dekat lima bulan Abang tak balik… tentulah seronok,” balas Umi sambil tersenyum.
“Abang rasakan Umi, rumah kita ni dah ada nafas baru yang berbau harum, tak macam dulu.”
Umi tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Wajahnya dipalingkan kearah belakang rumah dan kelihatan ibu ayam yang beranak kecil sedang mengajar anak-anak ayam yang masih kecil cara untuk mematuk makanan, suasana tersebut sangat bising kerana terdapatnya ayam dewasa yang lain yang cuba merebut makanan tersebut dan ibu ayam tersebut mengeluarkan bunyi bising sambil meremangkan bulunya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak lawan demi menjaga anak-anak ayam yang masih kecil.
“Ini semua kerja Allah. Umi sedar Abang sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Terutamnya adik-adik.
Umi mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah, kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”
“Apa dah jadi Umi dan kenapa Abang tengok Acu dan Haikal memang sangat berubah perangainya?” soalku lebih serius.
“Dayang Umi Zahlia bukan sebarangan orang. Seorang Doktor Haiwan yang sangat cantik dan sopan. Ketika beliau sampai ke felda kita ini beliau memerlukan tempat tinggal, jadi Umi tumpangkan Beliau di rumah kita ini selama dua bulan, dialah yang banyak membantu dan berdakwah adik-adik engkau. Siang malam tanpa mengira penat bekerja di Klinik Haiwan dia tetap melayan perangai Acu dan Haikal,” terang Umi panjang lebar.
Kini baru aku tahu perkara yang sebenarnya dan hatiku meronta-ronta untuk mengetahui siapakah gerangan nama tersebut sehinggakan dapat mengubah sikap adik-adikku yang bertahun-tahun aku cuba untuk menerapkan norma-norma islam dalam diri mereka tetapi dengan kehadiran orang asing ini senang sahaja adik-adikku berubah.
“Doktor Dayang Umi Zahlia,” hatiku berbisik.
Umi menceritakan sikap Doktor muda tersebut yang terlalu suka merendah diri walaupun berasal daripada Bandar dan merupakan anak kepada salah sorang Doktor Pakar yang terkenal, tetapi sikapnya yang sopan dan lemah lembut meyebabkan ramai orang berasa selesa berada denganya. Beliau juga tidak pernah berbangga dengan dirinya, bercakap tentang wang ringgit, status beliau sebagai orang terpelajar dan selalu mengenakan baju kurung tidak kiralah beliau berada di rumah ataupun di tempat kerja. Pada setiap malam Doktor muda tersebut bangun untuk solat tahajud dan solat sunat, sebelum waktu subuh akan membaca kitab Al-mathurat dan selepas waktu subuh beliau akan membacai Al-Quran suaranya sering memecah keheningan pada waktu subuh setiap hari. Panjang Umi bercerita tentang Doktor Muda tersebut.
@@@
“Umi, minggu depan Abang terpaksa balik ke Kuala Lumpur, tadi pihak jabatan telefon katanya ada buku baru dari Rusia perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu jadi mereka lantik Abang sebagai pengarah untuk projek ini,”
“tak mengapalah Abang, itu kerja Abang dan kita tak boleh nak merungut kerana kerja adalah amanah daripada Allah” jawab Umi.
“abang, cuti penggal sekolah baru sahaja nak bermula dan Acu baru sahaja nak ajak Abang pergi bercuti di Pantai.”
“Acu abang janji lain kali kita pergi ya,” jawab aku dengan rasa bersalah.
“Tadi Doktor Zahlia ada telefon,” kata Abah sambil mambaca akhbar bahasa jawi.
Hati aku terasa panas dan berdenyut.
“Dayang Umi Zahlia,” sekali lagi hatiku menyebut nama Doktor muda tersebut.
“Apa katanya?” Tanya Umi seperti berminat.
‘’Dia mengajak kita sekeluarga bercuti,’’ jawab abah ringkas.
‘’Yeeeee. Kita akan bercuti ke pantai,’’ jerit Haikal kegembiraan.
‘’Oh, lupa pula dia pernah mengajak kita semua ke rumah mak angkatnya dan dia mengajak abang sekali,’’ jelas Umi.
‘’Esok pagi bolehlah kita berangkat . Zahlia menunggu kita disana.’’ Balas Abah.
Keesokkan harinya kami semua berangkat kesana menaiki kereta yang dipandu olehku. Perjalanan mengambil masa selama tiga jam untuk tiba ke destinasi cuaca pada hari tersebut agak mendung dan kadang-kadang bumi disimbah oleh rembesan cecair halus sejuk yang jatuh menyimbah bumi. Tatkala cecair tersebut jatuh menyimbah bumi seluruh makhluk di atas bumi seperti pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan kecil dan haiwan-haiwan seperti bersorak-sorak kegembiraan dan mengucapkan syukur kepada Sang Pencipta. Dari jalan besar kami menyusuri jalan-jalan kampung yang kadang-kadang jalannya berlopak dan dipenuhi air. Terasa suasana yang tenang dan damai. Disepanjang jalan tersebut kelihatan deretan rumah-rumah kampong yang sangat unik dan halus seni bina melayunya manakala di sebelah tepi jalan terdapatnya deretan pokok-pokok kelapa yang ditanam di sebelah kiri dan kanan jalan sepanjang jalan kampung tersebut.
Akhirnya kami tiba di destinasi yang ingin ditujui, sebuah rumah kayu yang sederhana besarnya yang lamannya di hiasi dengan kepelbagaian pokok bunga yang pelbagai saiz dan warna. Rumah kayu yang berdekatan dengan kawasan pantai itu lebih indah apabila terdengar bunyi deruman pukulan ombak pantai yang sangat jelas bunyinya serta terasa angin pantai yang menghembus muka.
“Ini rumah atau surau abah ? ‘’ tanya Acu.
Abah tidak menjawab hanya melihat Acu sambil membulatkan matanya. Acu sedar akan keadaan tersebut cepat-cepat menjatuhkan mukanya kebawah dan melihat tanah yang di pijaknya.
Aku pun merasa hairan apabila melihat begitu ramai orang yang keluar masuk dari rumah tersebut dan aku tidak putus-putus menyambut hulur salam dari orang yang lalu lalang di kawasan tersebut, mereka sangat murah dengan senyuman.
“Assalamualikum Umi,” satu suara menyapa.
‘’Waalaikummusalam,’’ balas Umi.
Muncul seorang perempuan yang bertudung litup hitam yang memberikan salam. Perempuan muda yang memakai Baju kurung kain Cotton yang bermotifkan bunga-bunga halus yang berwarna merah hati.
“Ayu sungguh perempuan ini, siapakah gerangannya?” desis hati kecilku.
“Umi, Abah jemputlah naik kerumah,” pinta gadis tersebut.
“Nick, kenalkan inilah Dr Zahlia,” umi perkenalkan perempuan tersebut.
“Assalamualaikum, Dr Zahlia,”
“Waalaikummusalam,” Jawabnya sambil berbisik.
Haikal dan Acu berebut-rebut untuk bersalam, aku hanya memerhati kelakuan mereka yang seperti keanak-anakkan itu hati aku tersenyum sendiri. Perempuan tersebut seperti mengalihkan mukanya setiap kali aku cuba untuk memerhati wajah yang tersembunyi di sebalik tudung Hitam pekat yang menutupi wajah yang aku rasakan sangatlah sempurna ciptaan-Nya.
Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedenganran dari dalm rumah. Kami sekeluarga dipersilakan naik ke atas rumah oleh Dr Zahlia dan Dr Zahlia masih lagi menudukkan mukanya ke bawah, tapi hati aku mula merasakan setiap debaran yang sangat kuat.
“Ya Allah, kuatkanlah Iman hambamu yang kerdil ini dan jauhkanlah aku daripada hasutan syaitan,” doaku.
Kami dipersilakan duduk diatas kerusi di tengah-tengah ruang tamu, Haikal berada di sebelahku dan dia mengadu matanya rasa sangat mengantuk.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara lelaki.
‘’Waalaikumussalam,’’ balas Abah dan aku serentak.
Kehadiran seorang lelaki tua dan seorang perempuan yang sebaya dengan Umi barangkali. Mereka bersalam-salaman dengan kami sekeluarga dan melemparkan satu sennyuman kepadaku, senyuman yang penuh dengan tanda tanya.
Mereka memperkenalkan diri bahawa mereka adalah Bapa Angkat dan Ibu Angkat Dr Zahlia. Mereka mendapat amanah daripada orang tua Zahlia yang berada di luar Negara supaya menjaga Zahlia. Kermahan mereka dan kedua orang tua aku cepat membuatkan suasana bertambah meriah.
Mulalah berlakunya sesi soal jawab, banyak yang ditanyakan oleh mereka kepada kami sekelurga dan banyak juga soalan yang diajukan kepada aku.
‘’Nick tinggal kat Kuala Lumpur tak ada yang berkenan ke,’’ soalan berkisar jodoh dilemparkan ke arahku oleh bapa angkat Zahlia.
Aku tergaman seketika.
Haikal disebelahku memandang mukaku dengan penuh tanda tanya dan aku bertambah risau dan makin gementar.
‘’kenapalah soalan begini yang sering di ajukan kepada aku,’’
‘’kalau tak ada keberatan Nick terima sahaja Zahlia itu, Umi dan Abah nick bukan baru kenal denga Zahlia tapi dah pernah Zahlia tinggal di rumah Nick.” Kata Bapa angkat Zahlia lagi.
“Abang sebenarnya Umi bawa abang ke sini untuk memperkenalkan Abang dengan Zahlia dan Abang dah tengok sendiri bagaimana Zahlia yang sebenrnya, hal inipun kami semua dah bincang dengan keluarga Zahlia di Luar Negara dan mereka pun berkenan dengan Abang.” Terang Umi.
‘’Ye, Abang Nick nak kahwin dengan akak Zahlia,” sorak Haikal dengan gembira.
Suasana semakin genting dan aku memandang muka Umi, memang tidak disangka ini yang sebenarnya ‘permainan’ Umi dan mereka semua. Untuk menjodohkan aku dengan Zahlia, seorang Doktor Haiwan muda yang tidak dinafikan memeiliki kecantikkan yang semulajadi dan seorang wanita dambaan setiap lelaki yang baik kerana tingginya nilai-nila keislaman yang diamalkan olehnya, tapi tidak terlalu awal ke untuk aku memberi keputusan kerana aku tahu hubungan perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main seperi main pondok-pondok semasa kecil dahulu.
“Pak Cik maafkan Nick, bukan bermaksud Nick nak menolak permintaan Pak cik dan Umi, tetapi,,,”
Semua memandang ke arahku tanpa aku sempat mengahbiskan ayat terakhir.
“Jadi nick nak menolaklah permintaan kami semua?” nada yang berbaur hampa kedengaran daripada bapa angkat Zahlia.
“Bukan pak cik tapi bagaimana dengan Zahlia?” balasku.
“Zahlia ada kat bawah, pergilah jumpa mungkin itu dapat menjawab persoalan Nick,” balas Mak angkat Zahlia.
@@@
Kawasan rumah yang berlatarbelakangkan kawasan pantai sangat indah. Kedengaran bunyi deruman ombak yang menghempas persisiran pantai, angin-angin yang elus lembut menyapa wajah. Nikmat sungguh ciptaanmu ya Allah. Dari atas pohon kelapa yang tumbang kelihatan sesusuk tubuh yang perlu aku jumpa untuk mendapatkan jawapan yang berbentuk kepastian dan jika inilah takdirnya aku terima jawapannya dengan penuh tenang, semuanya aku berserah padamu ya Allah.
“Assalamualaikum,” sapaku.
“Waalaikumussalam,” balas Zahlia.
“Boleh kita berbual?”
Tanpa jawapan tetapi Zahlia menganguk tanda setuju.
Aku melabuhkan punggungku di sebelah batang nyiur yang tumbang tersebut dan aku mencuri-curi pandang wajahnya, tetapi hampa. Beliau masih lagi menutup raut wajahnya dengan memandang ke bawah.
“Dahulu belajar diamana?” Soalku untuk memulakan perbualan.
“UPM, Serdang.” Balasnya.
“Abang pulak bagaimana dengan kerja sebagai penterjemah?” tanya Zahlia.
“Mesti seronok kerana dapat belajar dan faham Bahasa Asing.” Tanya Zahlia lagi.
“Memang seronok kerana kiat dapat memahami bahasa mereka, terutamanya bahasa mereka yang sangat anti dengan agama islam.” Balasku.
“Zahlia pula mesti seronok juga dengan kerja sebagai Doktor Veteriner?”
Satu ketawa halus kedengaran dan aku dapat melihat rau wajah yang aku ingin pandang.
“Betul-betul sempurna ciptaanmu ya Allah.” Desis hatiku lembut.
“Abang dah tahukan hajat sebenar Umi dan Bapa angkat Zahlia?”
Aku memandang wajah Zahlia dan menganguk perlahan.
“Jadi Zahlia setuju?” Balasku.
“Abang, jodoh dan maut di tangan Allah.” Balasnya.
‘’Tapi kita kenalah juga berusaha.’’
“Abang tidak mahu Zahlia kecewa kelak dan Abang tidak mahu ia adalah satu paksaan dalam hubungan yang akan dibina nanti.” Terangku.
“Zahlia dah sedia.”
Satu renjatan elektrik dapatku rasakan.
Aku memandang wajah Zahlia dan mata kami bertentang. Aku dapat rasakan bahawa Zahlia sememangya jujur dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi, kata orang mata tidak panda bebrbohong.
Zahlia cepat-cepat mengalihkan pandangan wajahnya kea rah laut.
“Siti Khadijah dahulu pun beliau yang meminang Rasulullah, dan tidak salah jikalau Zahlia juga berbuat demikian.” Terang Zahlia.
“ Ape puncanya Zahlia menerima Abang?” tanyaku.
‘’Sebab jodoh, pada awalnya Zahlia ingatkan ini adalah perasaan semata-mata tetapi selepas berulang kali melakukan solat istikharah, baru Zahlai dapat menerima semua ini. ‘’ jelas Zahlia panjang.
‘’Ya Allah berikanlah aku petunjuk ya Allah.’’ Doaku perlahan.
‘’Abang Zahlia minta maaf jikalau Zahlia melampau, tetapi Zahlia tidak memaksa Abang untuk menerima semua ini.’’ Luah Zahlia.
Perigi mencari timba, tetatpi kisah aku sekarang ini adalah timba mencari perigi. Permpuan yang mencari lelaki tetapi perempuan yang di hadapan aku ini adalah perempuan yang bermaruah yang percaya kepada ketentuan ilahi, bukankah Rasulullah sendiri yang menggalakkan supaya melakukan solat sunat istikarah jikalau dilema dalam membuat keputusan.
Aku menarik nafas sepenuh hati dan aku mengikhlaskan hati aku supaya menerima Zahlia dengan sepenuh hati.
‘’Zahlia, Abang perlukan masa untuk mengenali Zahlia.’’
‘’Dan tempoh untuk Abang mengenali Zahlia itu adalah dalam waktu kita diikat dengan satu ikatan iaitu pertunangan, boleh?’’ pintaku.
Dan kelihatan satu senyuman manis terbentuk di bibir Zahlia lantas raut wajah Zahlia dijatuhkan memandang kearah pasir yang dipijaknya.
Ya ALLAH..andai ini adalah jodohnya, aku reda Ya ALLAH…amin..
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653.)
No comments:
Post a Comment