Sunday, 27 November 2011

Pertama Kali masak "Lasagna"

Pada suatu hari adalah terbukak kat Youtube pasal orang buat "Lasagna" saja jew bukak-bukak video masak-masak nih, lagipun jika kat kampung aku memang selalu masak-masak nih, banyak dah resepi-resepi kat dalam tv aku dah cuba buat. Aku tengok diorang buat macam sedap aje, aku pun teringin jugak nak buat "Lasagna" ni, selalu buat spagheti je jika balik kampung, Oklah jika bukan kerana aku tidak mampunya adik beradik aku yang lain nak makan makanan jenis "Western" ni, jadi nak dipendekkan cerita selepas aku tengok video ini, aku pun pergilah melepak ke bilik seorang mamat ni, dia buat PHD kat sini dalam bidang Engineering, jadi aku pun melepak di bilik dia sambil makan makanan yang ada, tiba-tiba dia cakap nak makan "Lasagna", aku pun cakap yang aku pula teringin nak buat "Lasagna", dia cakap jika dia beli barang-barng aku pandai tak nak buat, aku menganguk dan berkata "YES I CAN DO" keesokkan harinya dia keluar pergi South City beli barang-barang, banyak jugak keju dia belikan, aku pun tak pandai nak sebutkan, jadi dia serahkan semua barang-barnag yang dia beli itu pada aku beserta dengan "Microwave" yang ada di bilik dia itu, aku pun masak jugaklah sambil refresh apa yang aku tengok kat video semalam, selama 3 jam aku bertungkus lumus  akhirnya "Lasgna" aku siap...mamat itu siap puji lagi, tapi bagi aku, aku tak suka sangat "Lasagna" aku lagi suka makan "Spagheti" yang ada bebola daging dengan "Pasta"..tak sabar aku nak balik masak di kampung...

ps*aku nak tag gambar dia kat sini tapi aku baru sedar masa aku ambil gambar dengan "Lasagna" itu aku pakai seluar kecik dan baju kecik..jadi tak dapat aku nak tag gambar itu kat sini...
Salam Umi..

..Tiba2 jew malam ni abang seperti nak nangis lagi, bila abang dengar lagu "Kepadamu Kekasih" nyayian Hattan, Jamal n M.Nasir...

Dulu abang selalu nyanyi lagu ni masa kecik2..Umi ingat lagi tak masa Abang join pertandingan nyanyi masa sekolah rendah..kan Abang nyanyi lagu ini...

Saturday, 26 November 2011

Erk..semasa aku kemas bilik semalam, aku baru teringat banyak baju-baju aku dah tiada, hilang kemana agaknya..jenis aku setiap semester akan selalu tukar baju-baju yang baru..tapi semasa sedang kemas bilik semalam, banyak lagi baju yang baru aku tak pakai dan ada jugak baju-baju yang aku sayang tak ada..sanagt-sangat konpius...

mOOd*tiba2 jew terpikir nk kuar shopping arini...

Selamat Tahun Baru Islam..

..Jika kat kampung sekarang ini, bermulalah musim orang buat kenduri Asyura..orang cakap ni bulan mulia kerana bulan ni perpindahan umat islam dari Makkah ke Madinah.. Sebab itu orang cakap bulan ni bulan Hijrah...

Adoiii..tetiba je teringat kat kampung, teringat suasana kampung..suasana kenduri orang kacau Asyura.. dulu kami budak-budak akan beratur ramai untuk minta Syura.. makan dalam tempurung lagi..Syura yang baru masak dia masih lagi cair jadi kami makan menggunakan daun pokok nenas... ada yang dicampur dengan daging dan ayam... tapi kat bandar ni mana ada semua itu...

ps*nk balik kampung now!!!!!

Friday, 25 November 2011

I'm Not Single!!!

Doktor muda itu telah berjaya buat aku seringkali rindukan dia setiap saat...



ps*terus berangan lagu Jeniffer Hudson...
Mereka di sekeliling aku sering tanya aku
"Engkau ni walaupun Umi engkau dah tak ada, tapi aku tengok engkau tak sedih pun?

Aku mampu tersenyum jew, tapi bila aku toleh kebelakang aku akan tarik nafas dalam sambil berlalu jew.
Mereka tak faham sebab mereka tak tahu apa yang aku sedang rasa sekarang ini. Hidup aku sudah tak sama seperti dulu, tanpa Umi di sisi, arwah dengan aku sangat akrab, Umi adalah rakan aku bila aku dalam keadaan duka, kawan baik aku bila aku kelauar shopping, teman baik aku bila aku ke salon rambut dan banker aku setiap semester.

Wednesday, 23 November 2011

mOOd..

Harini..
tak dapat nak fokus dlam kelas..
tak tahu pun apa yang di ajar oleh Lec nih..


*ps>..Nick pliz be strong..

..Just Kidding..

Awak..

masih lagi nak merajok dengan saya?
awak tahukan saya tak boleh nk hidup tanpa awak,
saya tak boleh hidup tanpa pelukkan awak,

Awak.. 

tiada orang ketiga dalam hidup saya,
saya sudah cukup bersyukur kerana dikurniakan seorang insan dalam hidup saya,
kalau awak tahu saya semalam tidak dapat lelapkan mata 
kerana memikirkan awak,
memikirkan rajok awak,

Awak..

jika awak dapat selami hati saya,
tiada insan lain dalam hati saya selain awak.
hanya budak nakal ini dalam hati saya.

Tuesday, 15 November 2011

..Amalkan sikap berdiam dan "Folllow'..

Kadang-kadang terfikir jugak baik mengamalkan sikap berdiam diri pada satu-satu masa..sikap berdiam diri ini bukan bererti kita lemah atau nak jadi pak turut bila menggunakan istilah 'Follow' tetapi ia bertujuan untuk menyelamatkan keadaan.

Sunday, 13 November 2011

Episod bertimpa-timpa...

Orang selalu cakap kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum...
tapi bagi aku itu semua tidak benar, walhal ada banyak bunga sekalipun dan bunga lain yang lagi wangi, bunga taik ayam juga yang aku selalu hidu...

Episod datang bertimpa-timpa ni aku nak bagitahu yang aku sekarang sering saja ada masalah, selepas satu, satu masalah yang aku terima, ni lagi sedih kerana melibatkan orang yang aku sayang.

Baiklah, mari aku nak cerita, aku ni ada seorang kawan perempuan. aku memang dah mula sayang dekat dia dan dialah wanita yang berjaya bukak pintu hati aku, biasalah aku ni susah sangat nk jatuh hati dekat wanita tapi sepanjang kami kenal ni, dulu aku dah mula suka dekat dia tapi hubungan kami tak kekal lama sehinggalah beberapa bulan yang lalu kami mula rapat semula apabila dia banyak membantu aku dan banyak berjasa semasa buat kenduri tahlil di rumah..

tapi setelah aku mula menerima dia semula dalam hidup aku, dan telah bagi sepenuh hati rasa syang dan cinta padanya, masalah mula berlaku di saat kami berada di ambang kebahagiaan. Episodnya ialah hubungan kami ini terpaksa berhenti sampai bila-bila kerana wujudnya orang ketiga dan orang tersebut telah berjaya mengikat satu tali perhubungan dengannya.

Bila aku fikir agak bodoh juga bila jodoh sendiri di tentukan oleh orang lain. memanglah orang tersebut adalah dari kalangan keluarga kita sendiri tapi kita ada hak untuk mempertahankan diri kita sendiri.

Tidak sangka pula dalam zaman yang begitu maju dan moden ni masih lagi wujud gol yang sedemikian, memang terasa kesedihan yang perlu aku tanggung. Mungkin selepas ini biarlah pintu hati ini tertutup dulu kepada semua wanita di dunia ini...

Awak, cukuplah dua kali awak mainkan perasaan saya...

aku semangnya seorang yang kuat pada satu masa yang dahulu, tetapi sekarang aku semakin lemah..selepas satu persatu yang ada dalam hidup aku diambil semula..

ps*munhkin ini adalah ujian yang perlu ditempuh..

Rindu..

Tiba-tiba je rasa syadu teringat kat arwah Umi...

Dulu setiap petang hujung minggu akan telefon dia..

tapi sekarang...

:<

Friday, 4 November 2011

Kat Bilik...

...tak tahu nak post ape..
...juz nak cakap yang sangat-sangat bosan...

Thursday, 3 November 2011

...Perampas...

...PERAMPAS....
Harini aku nak cerita tentang kisah di sebalik makna perktaan  'PERAMPAS'..
tadi masa tengah makan ada orang calling aku, tanya nama aku, so aku jawab walaupun nombor yang col aku aku tak kenal, dia tanya nama aku, jadi aku cakap jelah, then dia tanya aku apa hubungan aku dengan seorang hamba Allah ni, jadi aku cakap yang aku dengan dia selalu jugak mesej dan dia sering col aku, tak kira masa kadang-kadang dia cerita masalah hubungan dia dengan teman istimewanya itu dimana hubungan mereka dalam keadaan goyah menanti rebah..aku tak tahu pulak yang col aku itu adalah kapel dia, jadi dia ingatkan aku supaya jangan rapat lagi dengan budak itu..dia sempat cop aku lagi kata aku ni "PERAMPAS"...
kadang-kadang aku hairan kenapa orang sering saja tduh aku ni peramapas, boleh dikatakan di sepanjang aku belajar kat UPM ni dah lebih lima kali kot aku dapat panggilan dari pasangan masing-masing dimana dia kata aku ni "PERAMPAS",,,awal-awal memang terasa jugak sedih tapi bila dipikirkan mungkin aku ni ramai yang suka kot..so kepada pasangan masing-masing jagalah pasangan anda takut nanti ada tangkap lentok dengan aku pulak....

Sunyi..

semakin hari semakin terasa sunyi..

Wednesday, 2 November 2011

...Episod Raya Haji d Kuala Lumpur...

..sedar-sedar harini dah hari khamis 3hb November...lagi 3 hari nak Raya Haji, tapi aku tahun ni sama seperti tahun terdahulu, menyambut Raya Haji di perantaun (biasalah study kat Overseas) susah nak balik, tiket semua da habis, lagipun aku memang rancang tak nak balik kampung raya tahun ni..kesian kat bini aku yang menunggu aku balik kampung..maaf sayang tak dapat balik kampung tahun ni...Abang raya kat K.L lagi..besar harapan mak mertua nak beraya dengan menantu tahun ni...

Tuesday, 1 November 2011

9 wajah...


Posted by Picasa

Perkara Yang Tidak Boleh Dilupakan...

...Kali ini aku kene buat tajuk tentang ni pulak..
"PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN"..tajuk ni memang sungguh-sungguh dasyat silap-silap hari bulan aku tak dapat nak tulis banyak-banyak..<..hehehehehehe..>
Situasi aku sekarang memang seperti orang dah tak berapa nak stabil...yela banyak benda aku nak fikir..biasalah aku sekarang dah tak seperti dulu...episod kejatuhan empayar keluarga kami semakin hari, semakin jatuh...mungkin tuhan nak uji kot..dan nak bagi kami lebih lagi daripada biasa..mudah-mudahan..
Ok, sekarang kita berbalik pada tajuk tersebut...
Antara yang aku tak dapat nak lupakan ialah:-

a)..Dapat Hadiah Hari jadi daripada Abah...
     masa ni aku berumur 18 tahun bila Abah aku belikan aku hadiah sebuah motor RXZ ..walaupun ni permintaan aku yang suka-suka tapi Abah aku belikan betul-betul..memang aku bahgia sangat..Aku ingat lagi malam sebelum aku pergi ke Kem Pengawas, malam itu Abah ada tanya aku nak motor apa, jadi aku bagitahu yang aku tengok ramai sangat budak-buka sekarang bawa motor RXZ..rupa-rupanya Abah aku belikan betul-betul..<...Best Moment..saat ni kalau boleh nak putarkan semula dan nak "Pause" supaya ia selalu dimainkan selalu...>

b) Dapat gelaran "Best Student" masa result STPM keluar bagi peringkat Gua Musang..<..MASUK PAPER LAGI WALAUPUN AKHBAR SINAR HARIAN..>
    Ni memang betul-betul tak boleh nak aku lupakan, aku ni masa sekolah dulu bukanlah pandai sangat, lagi-lagi masa Ting 6, Antara subjek yang aku ambil boleh dikatakan semua subjek baru,,yela semasa Tingkatan 1-3 aliran Arab, Ting 4-5 aliran Sains..selepas itu aku ni tolak tuah tak selepas SPM, dapat jew buat Diploma di UITM, tapi tak nak, terus tukar ambil aliran Sastera masa Tingkatan 6..boleh pula setiap kali exam bagi Lower 6 dan Upper 6 pointer aku cukup makan dan CGPA tak lepas pun 2.0.
 masa nak exam STPM cari alternatif sendiri, belajar dengan Smart bawah pokok pinang depan Rumah sambil borak dengan cikgu sebelah rumah..dan Alhamdulillah bila result keluar aku adalah Budak Lelaki bagi Sekolah aku yang paling tinggi Result STPM...semua cikgu dan kawan-kawan  tak percaya....tapi aku macam biasalahhh...ADA AKU KESAHHHHH!!!!...thanx sangat-sangat pada cikgu dan selepas itu aku dapat tawaran belajar ke UPM...SYUKUURRRRRRR!!!!!....amin...

 c) Kehilangan Bonda yang tersayang...
    Pasal ini aku tak mahu cerita panjang kerana jika aku cerita jugak aku mungkin akan menangis...pada 10/10/2011...tarikh keramat dalam hidup aku dan bermulalah pelbagai episod dalam hidup aku...kehilangan Bonda yang tersayang dimana arwah tak sempat untuk melihat aku merangkul segulung Ijazah...semoga rohnya tenang di alam sana,,,amin...