Tuesday, 1 November 2011

Perkara Yang Tidak Boleh Dilupakan...

...Kali ini aku kene buat tajuk tentang ni pulak..
"PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN"..tajuk ni memang sungguh-sungguh dasyat silap-silap hari bulan aku tak dapat nak tulis banyak-banyak..<..hehehehehehe..>
Situasi aku sekarang memang seperti orang dah tak berapa nak stabil...yela banyak benda aku nak fikir..biasalah aku sekarang dah tak seperti dulu...episod kejatuhan empayar keluarga kami semakin hari, semakin jatuh...mungkin tuhan nak uji kot..dan nak bagi kami lebih lagi daripada biasa..mudah-mudahan..
Ok, sekarang kita berbalik pada tajuk tersebut...
Antara yang aku tak dapat nak lupakan ialah:-

a)..Dapat Hadiah Hari jadi daripada Abah...
     masa ni aku berumur 18 tahun bila Abah aku belikan aku hadiah sebuah motor RXZ ..walaupun ni permintaan aku yang suka-suka tapi Abah aku belikan betul-betul..memang aku bahgia sangat..Aku ingat lagi malam sebelum aku pergi ke Kem Pengawas, malam itu Abah ada tanya aku nak motor apa, jadi aku bagitahu yang aku tengok ramai sangat budak-buka sekarang bawa motor RXZ..rupa-rupanya Abah aku belikan betul-betul..<...Best Moment..saat ni kalau boleh nak putarkan semula dan nak "Pause" supaya ia selalu dimainkan selalu...>

b) Dapat gelaran "Best Student" masa result STPM keluar bagi peringkat Gua Musang..<..MASUK PAPER LAGI WALAUPUN AKHBAR SINAR HARIAN..>
    Ni memang betul-betul tak boleh nak aku lupakan, aku ni masa sekolah dulu bukanlah pandai sangat, lagi-lagi masa Ting 6, Antara subjek yang aku ambil boleh dikatakan semua subjek baru,,yela semasa Tingkatan 1-3 aliran Arab, Ting 4-5 aliran Sains..selepas itu aku ni tolak tuah tak selepas SPM, dapat jew buat Diploma di UITM, tapi tak nak, terus tukar ambil aliran Sastera masa Tingkatan 6..boleh pula setiap kali exam bagi Lower 6 dan Upper 6 pointer aku cukup makan dan CGPA tak lepas pun 2.0.
 masa nak exam STPM cari alternatif sendiri, belajar dengan Smart bawah pokok pinang depan Rumah sambil borak dengan cikgu sebelah rumah..dan Alhamdulillah bila result keluar aku adalah Budak Lelaki bagi Sekolah aku yang paling tinggi Result STPM...semua cikgu dan kawan-kawan  tak percaya....tapi aku macam biasalahhh...ADA AKU KESAHHHHH!!!!...thanx sangat-sangat pada cikgu dan selepas itu aku dapat tawaran belajar ke UPM...SYUKUURRRRRRR!!!!!....amin...

 c) Kehilangan Bonda yang tersayang...
    Pasal ini aku tak mahu cerita panjang kerana jika aku cerita jugak aku mungkin akan menangis...pada 10/10/2011...tarikh keramat dalam hidup aku dan bermulalah pelbagai episod dalam hidup aku...kehilangan Bonda yang tersayang dimana arwah tak sempat untuk melihat aku merangkul segulung Ijazah...semoga rohnya tenang di alam sana,,,amin...

No comments:

Post a Comment