Orang selalu cakap kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum...
tapi bagi aku itu semua tidak benar, walhal ada banyak bunga sekalipun dan bunga lain yang lagi wangi, bunga taik ayam juga yang aku selalu hidu...
Episod datang bertimpa-timpa ni aku nak bagitahu yang aku sekarang sering saja ada masalah, selepas satu, satu masalah yang aku terima, ni lagi sedih kerana melibatkan orang yang aku sayang.
Baiklah, mari aku nak cerita, aku ni ada seorang kawan perempuan. aku memang dah mula sayang dekat dia dan dialah wanita yang berjaya bukak pintu hati aku, biasalah aku ni susah sangat nk jatuh hati dekat wanita tapi sepanjang kami kenal ni, dulu aku dah mula suka dekat dia tapi hubungan kami tak kekal lama sehinggalah beberapa bulan yang lalu kami mula rapat semula apabila dia banyak membantu aku dan banyak berjasa semasa buat kenduri tahlil di rumah..
tapi setelah aku mula menerima dia semula dalam hidup aku, dan telah bagi sepenuh hati rasa syang dan cinta padanya, masalah mula berlaku di saat kami berada di ambang kebahagiaan. Episodnya ialah hubungan kami ini terpaksa berhenti sampai bila-bila kerana wujudnya orang ketiga dan orang tersebut telah berjaya mengikat satu tali perhubungan dengannya.
Bila aku fikir agak bodoh juga bila jodoh sendiri di tentukan oleh orang lain. memanglah orang tersebut adalah dari kalangan keluarga kita sendiri tapi kita ada hak untuk mempertahankan diri kita sendiri.
Tidak sangka pula dalam zaman yang begitu maju dan moden ni masih lagi wujud gol yang sedemikian, memang terasa kesedihan yang perlu aku tanggung. Mungkin selepas ini biarlah pintu hati ini tertutup dulu kepada semua wanita di dunia ini...
Awak, cukuplah dua kali awak mainkan perasaan saya...
aku semangnya seorang yang kuat pada satu masa yang dahulu, tetapi sekarang aku semakin lemah..selepas satu persatu yang ada dalam hidup aku diambil semula..
ps*munhkin ini adalah ujian yang perlu ditempuh..
No comments:
Post a Comment