Saturday, 3 December 2011

Rindu...

      Pejam celik dah dekat 2bulan Umi tinggalkan kita, dan boleh dikatakan setiap malam jugak air mata ni keluar bila rindukan Umi. Umi kita dah tak mampu lagi nak cakap kat diri kita "be strong" kita dah tak kuat lagi, Umi tahukan jika dulu setiap masa dan saat Umi saja tempat kita mengadu, luah perasaan, jika sakit, masalah hidup, tapi kini kita dah tak ada siapa-siapa lagi nak mengadu, setiap saat kita sentiasa doakan supaya Umi ditempatkan ditempat kalangan orang-orang yang soleh dan kadang-kadang kita doakan supaya Allah dapat hidupkan Umi kembali, dulu masa Umi sakit kita dah dapat rasa yang hidup kita selepas ini mesti berubah jika Umi dah tak ada dan tekaan kita itu seperti betul sahaja, baru sahaja 2bulan tak 2tahun lagi

No comments:

Post a Comment